Bahaya Mengambil Suntikan Bergerak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ tertarik dengan 1 artikel dalam Harian Metro Online ni..
So mana yang tak berkesempatan nak baca meh AJ share sikit dengan korang...

Khidmat suntik bergerak
Kuala Lumpur: Tarikan untuk tampil cantik dengan kulit putih gebu dalam tempoh singkat menyebabkan ada wanita yang sanggup berbuat apa saja termasuk tidak mengikuti prosedur klinikal daripada doktor pakar atau profesional sehingga mendedahkan diri kepada risiko kesihatan.
Ini berikutan kewujudan pakej kecantikan wajah yang murah, mudah dan cepat ditawarkan oleh ‘pakar’ tidak bertauliah kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjalani prosedur perubatan di tempat terbuka.

Kegiatan suntikan vitamin C, plasenta, kolagen, sel stem dan glutathione itu semakin laris di kalangan wanita namun tanpa disedari mereka sebenarnya terdedah kepada jangkitan HIV dan Hepatitis B.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya pakar perunding kecantikan mendakwa mengaut keuntungan mudah dengan menjalankan perkhidmatan menyuntik produk kecantikan itu kepada sesiapa saja yang berminat di tempat terbuka.

Foto 

Dan ini pula akibat mengambil suntikan daripada orang yang tidak bertauliah...
‘Saya sakit tulang belakang’

Akibat mengamalkan pengambilan suntikan vitamin C dengan Suzy selama empat minggu sejak awal November lalu, seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini menahan kesakitan pada pinggang dan tulang belakang.
Penuntut yang yang hanya dikenali sebagai Fara, 25, berkata, dia kini tidak lagi mengambil suntikan itu berikutan tidak mahu berdepan risiko lebih teruk.

Fara mengakui keinginannya untuk mendapatkan kulit lebih cerah serta kelihatan cantik membuatkan dia tidak berfikir panjang untuk mengambil suntikan itu apatah lagi harga ditawarkan hanya RM50 untuk sebotol vitamin C bagi sekali suntikan.

Dengan perkhidmatan secara ‘pintu ke pintu' ditawarkan Suzy, ia memudahkannya kerana boleh mendapatkan suntikan berkenaan pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah-payah ke klinik atau pusat kecantikan lain.

“Apabila tiba waktu untuk suntik, saya hanya perlu hubungi Suzy melalui telefon dan dia segera datang ke tempat yang saya tentukan tidak kira di rumah, kolej, kedai makan, malah dalam kereta sekalipun.

“Tapi selepas kali keempat melakukan suntikan ini, saya mulai sedar dan meragui kesannya kerana ia tidak pun menunjukkan perubahan pada kulit selepas empat minggu sebaliknya menyebabkan pinggang dan tulang belakang saya kerap sakit,” katanya.

Foto


P/s : Biarlah kulit tak putih, tak gebu.....
Asalkan tak memudaratkan kesihatan....
Sedangkan nak amik injection dari pakar pun AJ takut.... Inikan pulak orang tak bertauliah...


13 ulasan

  1. TQ INFO NI...

    TAKUTNYA...NAK CANTIK... TP LAIN JADINYA..

    BalasPadam
  2. salam yunk... sya tag awk untuk join contest ni ye..
    http://itsmeyaya.blogspot.com/2013/01/contest-nak-skirt-dr-norzi.html

    BalasPadam
  3. Tu la kak @Zaidalifah Hussin...
    Kalau camni la... tak cantik pun takpe... =D

    BalasPadam
  4. Sangat ngeri @combi..
    membahayakan diri je diorang ni...

    BalasPadam
  5. bahayanya..!
    erani eh yg buat tu mencuba.. xfikir panjang nii..!

    BalasPadam
  6. Kalau AJ kan @Cik Nur, errrr takpelah..
    Terima kasih je....

    BalasPadam
  7. tq aj..mmg bahaya ni..tp suzy yg dlm entry ni bukan MV tau..hahaha

    BalasPadam
  8. Bahaya betol. Cntik pnye pasal. Kdg xleh pakai beautiful is pain :p

    BalasPadam
  9. @nanieybarnieylurviey beautiful is pain untuk killer heels tu okay lagi....
    Untuk cantik secara pembedahan ke, suntikan ke... No thanks...
    Heheheheh.. =D

    BalasPadam