Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi AJ dah selamat mendaftar untuk program Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)...
Alhamdulillah....
Akhirnya setelah sekian lama, barulah AJ mohon untuk buat lesen...
Selama ni main redah rock kapak je pakai lesen agong abah den.....
Hahahhahahah... =D
Lagipun abah memang tak bagi AJ amik lesen motor....
Dia nak AJ amik lesen kereta terus...
Nasib baik sepanjang tempoh tu takde apa yang berlaku...
Sekarang ni dah insaf sikit lah.....
Kebetulan pulak ada program BL1M ni, AJ amik kesempatan daftar teruslah...... =D
Abah pun dah bagi green light nak amik lesen motor ni...

Apa itu BL1M??

BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.

Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

FAKTA BL1M

Hanya untuk Lesen B2 tunggal.(Permohonan kali pertama sahaja)

Disasarkan kepada 500,000 warganegara Malaysia

Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40 pada atau selepas 01 Januari 2013

Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.

Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. TIADA JALAN PINTAS.

Akan berjalan serentak setelah dirasmikan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Berpeluang menduduki semula ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

Objektif  BL1M

1. Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH

2. Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.

3. Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.

4. Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.

5. Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Korang berminat nak daftar tak???
Tapi program ni untuk mereka-mereka yang TAKDE lesen je tau....

Korang boleh ke laman web MyEG....
Klik kat Banner BL1M macam kat bawah ni...



Then korang akan di bawa ke website BL1M.....
Ikut step kat situ okay.... =D

Selamat mendaftar....

Status permohonan AJ

SUCCESS... =P

LISTEN! LISTEN! LISTEN!!!!

Tarikh Akhir pendaftaran : 15 FEBRUARI 2013....
(Tak tahu lah kalau lepas ni keluar statement kata dilanjutkan... =D)

P/s : Makin panjanglah langkah!!! =D

12 ulasan

  1. Gud Luck yer...lepas ni dapat Lesen besar. hahahaha..mmg berbaloi, bayar RM199.

    BalasPadam
  2. Tu la @nea lopah, memang berbaloi sangat... =D
    Thanks...

    BalasPadam
  3. semoga berjaya..hehehe..
    sy dah ckup la 2 lesen yang ada..hehe.. ada lesen moto, tp sekarang moto pun dh tak bawak..hihihi

    BalasPadam
  4. Hehhehe.... AJ ni pulak lesen takde @Mimie Najib, tapi langkahnya panjang je... =P

    BalasPadam
  5. Goodluck! ;D hee

    Tak terfikir lagi nak ambil lesen motor. Tgu beberapa tahun akan datang kot :) Cukuplah ada lesen kereta sekarang ;)

    BalasPadam
  6. @Sally Yatiey, sebenarnya dah lama nak amik lesen motor ni..
    tapi abah taknak bagi....
    Last2 barulah dapat green light.... =D

    BalasPadam
  7. Gd luck!!! Nani pun tak de lesen lagi. Tp dlm masa tdkt ni tak la kot. Mne tau nnti ada lgiZ hehe

    BalasPadam
  8. AJ dah dapat greenlight @nanieybarnieylurviey... Tu yang apply cepat2...
    ehehheheh...
    lesen motor ni bukan senang nak dapat permission dari abah....
    Bertahun AJ try tau... =D

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah @Mrs Velentine..
    Bantuan macam ni memang banyak membantu... =D

    BalasPadam