Tips Memilih Seluar Jeans


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tidak lengkap rasanya penampilan seseorang jika tidak memiliki waima sehelai seluar jeans di dalam almari...
Tak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, seluar jeans pasti jadi pilihan kala bergaya santai dan kasual....
AJ sendiri pun lebih selesa mengenakan seluar jeans dalam kehidupan seharian.... =D
Ehemmm... Nak berseluar jeans pun kena pilih yang sesuai dengan tubuh kita.....
Nak-nak bagi kaum hawa...
Salah pilih.... Janggal jadinya....
Jom AJ nak share sikit tips pemilihan seluar jeans mengikut potongan badan...


Berpinggul Lebar
Cari seluar jean yang berwarna gelap dan sedikit kembang untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan...
 Untuk keselesaan cari celana yang mempunyai regangan...
 Cuba elakkan potongan skinny, berpinggang tinggi dan potongan kaki yang lebar...
Semak bahagian poketnya... Jangan beli yang berpoket kecil kerana akan menampakkan pinggul anda lebih lebar.

Berkaki Pendek
Kami faham anda mahukan keselesaan tetapi cuba elakkan membeli seluar jean yang terlalu longgar atau pun seluar jean baggy...
Celana yang jatuh ke bawah pinggang membuatkan kaki anda tampak lebih pendek...
Potongan lurus merupakan yang paling sesuai untuk anda....
Titik beratkan panjang seluar jean anda... Panjangnya harus di bawah buku lali kerana jean yang pendek tidak membantu untuk menampakkan kaki anda lebih panjang...
Cuba elak memasukkan baju ke dalam celana...

Berisi
Jangan sesekali membeli low-cut atau jean skinny kerana ia akan membuatkan anda merasa tidak selesa... Pilih celana yang satu saiz lebih besar daripada saiz anda dan hantar ke tukang jahit untuk perbetulkan pinggangnya...
 Ia akan membuatkan seluar jean tampak terletak cantik di kaki dan pinggul anda....
Cuba cari seluar jean yang ringkas tanpa corak.

Terlalu Kurus
Pilih seluar jean yang berpotongan lurus dan ketat di bahagian belakang dan elakkan potongan kembang... Cari warna yang terang untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul anda...
Pilihan yang terbaik adalah seluar jean skinny yang panjangnya atas buku lali...

Sumber : EH!

So dah tau macam mana nak pilih seluar jeans korang???
Jangan salah pilih okay.....

P/s : Mood Shopping Separa ON!

37 ulasan

  1. tq tips yg bagus ni!

    BalasPadam
  2. Alala..AJ.. dah sangat lama tak pakai jeans dah.. hihih.. umur dah menuju senja kan.. imej pun kena ubah sikit.. :D

    BalasPadam
  3. tq for the tips.. nk try apply tgk

    BalasPadam
  4. amboihhh AJ mood shopping dh nak on tu, hehehe :D selamat bershopping eyh..btw nice sharing sis ^________^ hee

    BalasPadam
  5. Mak AJ pun pakai lagi jean apa @Kakizan Omar... =D
    Kena ikut kesesuaian lah... =D

    BalasPadam
  6. Hehheheheheh.... Dah nak gaji separa ON lah @Seneorita Baharin...
    Hehhehehehe.....
    Dah abis gaji, muka pun toya je... =P

    BalasPadam
  7. SAYA JARANG BERSELUAR JEANS.. DULU MUDA2 MINATLAH.. :)

    BalasPadam
  8. Yeke @fairus?
    Selalu lelakilah lebih selesa denga seluar jeans tak kira umur ni.,..

    BalasPadam
  9. combi biasanya pakai slim cut..huhu

    BalasPadam
  10. Spesis kurus2 okaylah @combi...
    Samalah macam AJ... =D

    BalasPadam
  11. Nice tips dear.. Akak mmg bermasalah skit bab cari seluar jeans ni..

    BalasPadam
  12. Nice tips kak! ;D hee
    Saya memang pengguna seluar jeans, tak reti pakai skirt ;D hee

    BalasPadam
  13. Jeans senang kan @Sally Yatiey...
    AKak pun dah jarang pakai skirt..
    Sekarang ni naik moto...
    kang ada yang tengok show free pulak..
    Hehheheh..

    BalasPadam
  14. ayut krg minat pkai suar sbnr yer....huhuhuu...tp mne tahu nk plih suar...blh gna tips ni :)

    BalasPadam
  15. @ayut, 1 hari nanti mungkin berguna lah kot... =D

    BalasPadam
  16. nice tips..mmg payah nak pilih jeans

    BalasPadam
  17. tips yg baik...
    terima kaseh ayue.. :)

    BalasPadam
  18. nice tips.. kalo citer psl suar jeans ni kan, teringat masa deqla kurus terlampau dulu..nk pakai suar jeans pun malu..dah mcm batang kayu bergerak..kahkah

    BalasPadam
  19. Lama dah tak beli seluar jeanlah AJ....yg ada pun dah faded...huhu

    BalasPadam
  20. Aah @Deqla manjew...
    Lagipun susah nak dapat size.... =D

    BalasPadam
  21. setuju dgn aj...tip yg menarik...... betul sangat... pilih yg sesuai dgn badan bukannya berfesyen atau jenama......tak kena nanti....

    BalasPadam
  22. Betul @Remy hazza... Tak guna berjenama kalau tak kena gaya... =D

    BalasPadam
  23. Tips yg bagus ni.....nice sharing

    BalasPadam
  24. Nani suka bell bottom. Hehe..

    BalasPadam
  25. AJ tak sesuai pulak dengan bell bottom @nanieybarnieylurviey..
    Al-maklum, AJ kan rendang... =D

    BalasPadam
  26. nad kne kai saiz cutting permpuan..pinggang dhla kecik

    BalasPadam